Pemain Thailand Dalam Radar Pasukan Liga M

Baru-baru ini, sebuah laman di media sosial Twitter, All Things Thai Football mendedahkan terdapat pasukan Liga Malaysia yang mahu mendapatkan khidmat pemain skuad kebangsaan Thailand.Di sini, kami senaraikan lima pemain Thailand yang dilihat boleh beraksi di Liga Malaysia sekaligus menambah kualiti liga bola sepak tempatan.

1. Supachai Jaided

Pemain Thailand

Supachai merupakan antara pemain muda yang sedang meningkat naik di Thailand. Beliau boleh beraksi sebagai pemain sayap dan juga penye rang.

2. Thitipan Puangchan

Pemain ThailandThitipan kembali ke pangkuan BG Pathum United setelah menghabiskan musim 2019 di saingan J. League bersama Oita Trinita secara pinjaman.Pengalaman yang dimiliki oleh Thitipan dilihat mampu untuk membantu meningkatkan kualiti pasukan.

3. Ekanit PanyaPemain Thailand

Ekanit menjadi watak penting bagi Chiangrai United ketika mereka memenangi saingan Thai League 1 musim 2019 lalu. Pemain berusia 20 tahun ini juga sudah mula beraksi bersama skuad senior Thailand.

4. Adisorn Promrak

Pemain ThailandAdisorn merupakan antara pemain pertahanan terbaik Thailand dan beliau pernah memenangi beberapa kejuaraan bersama skuad G@jah Per@ng dan juga Muangthong United.Adisorn memenangi dua kejuaraan Piala AFF Suzuki (2012 dan 2014) selain pernah membantu Muangthong memenangi Thai League 1 pada musim 2016 lalu.

5. Elias DolahPemain Thailand

ELIAS DOLAH MERUPAKAN SALAH SEORANG PEMAIN YANG BERAKSI BERSAMA PORT FC.Elias Dolah merupakan pemain pertahanan tinggi lampai dan beliau beraksi bersama Port FC musim ini. Dolah mula beraksi bersama skuad kebangsaan Thailand apabila Akira Nishino dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan.