Pemain Termuda JDT

Tahukah anda, Selangor mempunyai kira-kira 20 pemain yang direkrut dari Akademi Mokhtar Dahari namun setakat ini tiada seorang pun diberi peluang untuk beraksi dalam skuad senior (Liga Super).

Tetapi JDT yang selalu dikatakan sebagai ‘per0sak’ bakat muda sudahpun menghadiahkan debut kepada pemain berusia 17 tahun dalam saingan Liga Super.

Arif Aiman mencipta sejarah sebagai pemain termuda JDT apabila dia dibawa masuk menggantikan Nazmi Faiz ketika menentang Felda United.

Walaupun hanya lima minit terakhir, Arif Aiman dibawa masuk ketika JDT terdesak mencari gol kemenangan (bukannya ketika sedang selesa mendahului) justeru keberanian Benjamin Mora membuktikan betapa dia mempercayai pemain mudanya itu.

Pengalaman datang daripada peluang yang diberikan