Pemain Singapura Sah Sertai Terengganu FC

Terengganu FC tidak membuang masa dalam pencarian pemain bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan apabila mereka sah menandatangani khidmat pemain sayap lincah Singapura, Faris Ramli.

Perkara ini disahkan oleh pihak TFC sendiri menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi pasukan dimana pemain yang pernah membantu Lions-XII memenangi saingan Liga Super pada musim 2013 itu menandatangani kontrak selama semusim.

Faris Ramli bukanlah satu nama yang asing dalam saingan Liga Malaysia dimana pemain berusia 27 tahun ini pernah beraksi bersama beberapa pasukan sebelum ini.

Pengembaraan pertama Faris ialah bersama Lions-XII bermula musim 2012 hingga 2015. Selain meraih kejuaraan Liga pada 2013, Lions turut memenangi trofi Piala FA pada musim terakhir mereka di Liga Malaysia apabila men3waskan pasukan Kelantan di pentas final.

Pemain yang membuat 56 penampilan bersama skuad kebangsaan Singapura ini kembali membuat kemunculan dimana beliau menerima tawaran PKNS FC pada musim 2018. Bersama The Red Ants, Faris berjaya menjaringkan 6 gol dalam saingan Liga Super.

Terengganu Football Club@FCTerengganu

🏴
🏳️
🏳️
🏴
🏴
🏳️
πŸ‡²πŸ‡Ύ
πŸ‡ΈπŸ‡¬
🏳️
🏴

FARIS RAMLI MENGUCAPKAN SELAMAT PAGI BUAT SEMUA PENYOKONG TFC

Pemain kebangsaan Singapura, Muhammad Faris Ramli telah selesai menandatangani kontrak untuk bersama pasukan Terengganu FC bagi musim 2020. Ayuh penyokong, berikan kata-kata semangat buat Faris!

View image on Twitter

2809:09 AM – Nov 7, 2019Twitter Ads info and privacy224 people are talking about this

Faris kemudiannya menyertai pasukan yang direvolusi iaitu Perlis Northern Lions bagi saingan musim 2019. Namun setelah pasukan itu menghadapi kr!sis kewangan, bekas pemain Home United itu memilih untuk men@matkan kontrak beliau pada awal musim ini.

Kehadiran Faris bermakna beliau akan mengisi kuota pemain import Asean sekaligus menggantikan pemain dari Kemboja, Thiery Chanta-Bin yang digu gurkan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *