Pemain Singapura Patut Di Puji-Sathianathan

Pengendali Selangor, B.Sathianathan mengakui kualiti pemain dari Singapura adalah yang paling baik berbanding negara-negara ASEAN lain, sekaligus menjadi faktor utama mengapa mereka menjadi pilihan pasukan Liga Malaysia.Kalau kita tengok kualiti yang ada pemain Singapura yang bermain di Liga Malaysia sekarang, saya boleh katakan mereka sentiasa konsisten dan menjadi tonggak utama pasukan kerana mereka antara terbaik di negara mereka.Selain itu, pengurusan juga berbaloi mendapatkan khidmat mereka kerana gaji yang ditawarkan berpatutan dan tidak terlalu tinggi seperti sesetengah pasukan lain.Kalau kita hendak harapkan pemain utama Vietnam atau Thailand datang ke sini mungkin sukar sekali kerana gaji yang diminta agak tinggi dan pelbagai permintaan lain.

Malah budaya serta bahasa mereka juga jauh berbeza dengan Malaysia yang menambahkan lagi faktor kurang minat untuk mereka tidak datang ke sini, katanya.Tambah Sathianathan lagi, kebanyakan pemain dari Singapura mempunyai personaliti serta keterampilan yang cukup baik.Berdisiplin serta bijak dalam membina hubungan dengan peminat dan media menjadi antara nilai tambah pemain dari Singapura.Bagi saya yang berpengalaman, saya akui pemain dari Singapura ini ada disiplin yang baik dan tidak timbulkan banyak masalah.Ini menjadikan saya mudah jalinkan kerjasama malah mereka ada personaliti menarik serta mudah bergaul dengan pemain-pemain lain.Perkara-perkara ini menjadi nilai tambahan yang penting kepada mana-mana pemain jika mahu kekal lama dalam industri bola sepak, katanya yang turut menggunakan pemain Singapura untuk slot ASEAN iaitu Safuwan Baharudin.Pemain lain dari Singapura adalah Hariss Harun (Johor Darul Ta’zim), Shakir Hamzah Kedah, Faris Ramli Terengganu FC dan Khairul Amri Felda United.

Foto : FA Selangor