Pemain Real Madrid Dalam Radar Man utd

KELAB Machester United kini meng!ntai potensi untuk mendapatkan James Rodriguez selepas penyrang itu enggan menyertai skuad Real Madrid bertandang ke Athletic Bilbao.

Rodriguez yang tampil 14 kali dalam aksi perlawanan musim ini dikaitkan akan berhijrah dari Bernabeu.

Menurut laporan Marca, Los Blancos cuba untuk menjual pemain antarabangsa Colombia itu dengan harga 22.5 juta paun (RM127.27 juta).

Spekvlasi itu semakin kemuncak dalam skuad Zinedine Zidane itu selepas masa depan samar Rodriguez di Bernabeu.

“Dia ingin diketepikan kerana alasan sendiri. Alasannya hanya di antara kami dan saya tidak akan memberitahu lagi,” jelas Zidane.

Sebelum ini Rodriguez memberitahu stesen TV negaranya bahawa tidak ada sebarang masalah di antara dia dan Zidane. Jurulatih itu adalah kesukaannya.

“Hubungan kami normal. Tidak adil bagi saya jika untuk tidak menghormati seseorang itu apabila dia tidak memilih pemain.”

sumber:Mstar

Selain United, Rosriguez juga menjadi pilihan kelab Everton sekaligus kembali bekerjasama dengan Carlo Ancelotti. -Dailystar