Pemain mula bimbang soal gaji

Sebagai pemain profesional, kita perlu akur terhadap sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku terhadap Liga Malaysia (Liga-M) musim ini, kata penye rang muda Selangor, Sean Eugene Selvaraj.Bekas pemain Negeri Sembilan berusia 23 tahun itu berkata, rata-rata pemain ketika ini menunggu dengan penuh debar mengenai kedudukan mereka dalam pasukan dan kelab disertai.Katanya, ini susulan ada kemungkinan Liga-M musim ini tidak dapat diteruskan seperti dirancang berikutan COVID-19 yang melanda negara dan lebih 135 buah negara di dunia.Memang keputusan mengenai kedudukan Liga-M musim ini akan ditentukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL).Apapun situasinya, sebagai pemain sudah pasti akan ada kekhuatirannya terutama soal gaji kerana majikan sudah pasti akan menilai semula kedudukan itu apabila tiada perlawnan diadakan atau Liga-M terhenti kerana wabak ini, katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Eugene, jika situasi itu berlaku sudah tentu memberi kesan kepada pemain terutama mereka yang berkeluarga.Bagi saya yang masih bujang mungkin tidak begitu terasa tetapi bagi pemain yang mempunyai keluarga untuk ditanggung, sudah tentu terkesan dan memerlukan perancangan rapi, katanya.Bekas pemain skuad bawah 23 tahun negara itu berkata, setakat ini gajinya sehingga Mac lalu bersama pasukan Selangor masih dibayar penuh, namun tidak pasti untuk bulan berikutnya.