Pemain Muda Kedah Seiras Pelakon Terkenal

SELEPAS tiga bulan tidak dapat menjalani latihan bersama, Kedah  yang mendapat kelulusan menjalani latihan pasukan fasa satu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa 23 Jun  yang lalu.

Kedah yang memulakan latihan bersama hari ini tanpa kelibat Ketua Jurulatih, Aidil Sharin Sahak yang masih berada di Singapura menunggu pelepasan dari pihak Kerajaan. Latihan yang diadakan di Stadium Darul Aman itu, telah memperlihatkan wajah-wajah pemain Kedah yang sekian lama tidak dilihat sepanjang PKP.

Namun begitu, salah satu wajah pemain yang telah menarik perhatian ketika latihan adalah kelibat Aiman Afif yang berambut panjang mirip pelakon lelaki yang terkenal dengan filem Tentang Bulan dan Budak Tebihg, Aedy Asyraf.

Nama penuh beliau ialah Mohd Aiman Afif Bin Md Afizul, pemain paling muda (18 tahun) yang membarisi skuad pelapis utama Hijau Kuning untuk tahun keduanya.

Aiman juga merupakan antara pemain utama musim 2018 bergandingan bersama Fadzrul Danel, Hidhir dan Zhafir di bahagian tengah. Memiliki peratusan minit permainan yang tinggi iaitu dengan 75.2% musim lalu sedikit sebanyak membangkitkan semangat juang yang tinggi untuk menempuh musim 2020.

Beliau turut cemerlang menghasilkan gol-gol penting buat pasukan Kedah dengan 5 jaringan peribadi serta beberapa bantuan jaringan kepada rakan sepasukan. Paling cemerlang ialah ketika jaringan tunggalnya ketika menewaskan ATM FA di Kuala Lumpur musim lalu menobatkan Kedah sebagai juara kumpulan A. Selain itu, 2 jaringan beliau di separuh akhir pertama ketika membenam Felda Utd FC di gelanggang lawan juga merupakan aksi terbaik beliau bersama pasukan.

Aiman Afif juga pernah terpilih ke Kem Latihan Pusat Skuad B-19 Kebangsaan kendalian Bojan Hodak beberapa kejohanan penting antaranya Sanix Cup di Jepun.

kredit Kedah FA