Pemain Liga M ini sebenarnya juruterbang

KUALA LUMPUR 30 Sept – Meskipun sudah bergelar juruterbang AirAsia, Afif Najmi Muhd. Izwan tidak mahu menjadikan ia sebagai hal@ngan meneruskan cintanya terhadap sukan bola sepak apabila masih meneruskan karier bersama DDM FC dalam saingan Liga M3.

Menurut bekas pemain futsal negara itu yang telah bergelar juruterbang sejak 2015, ia bukan tugas mudah untuk memberikan komitmen terhadap dua tugas tersebut, yang mana dia perlu mengekalkan tahap kec3rgasan menerusi inisiat!f sendiri kerana tidak dapat menyertai setiap sesi latihan pasukan.

Malah, Afif Najmi sanggup meng0rbankan cuti tahunannya semata-mata untuk turun beraksi bersama pasukan pada hujung minggu.

Saya tetap mahu bermain bola sepak bersama DDM kerana minat, selain sayapun dah lama bersama dengan mereka, sekurang-kurangnya saya mahu cuba beraksi satu musim dengan DDM dalam pentas M3.

Cuma cabaran utama mengekalkan tahap kec3rgasan memandangkan perjalanan panjang ditempuhi ketika bertugas dan biasanya kena tinggal di destinasi penerbangan selama dua ke tiga hari.

Jika tidak dapat sertai latihan bersama pasukan, biasanya saya akan buat sendiri di gimnasium hotel bagi mengekalkan tahap kec3rgasan kerana apabila pulang nanti, saya boleh bermain untuk pasukan.

“Ada kalanya pada hari perlawanan, saya baru tiba pada waktu pagi dan setakat ini, saya sudah terlepas tiga, empat perlawanan bersama DDM kerana k3kangan jadual waktu kerja,” katanya.

Tambah Afif Najmi, dia telah berk3cimpung dalam dunia bola sepak sejak sekian lama dan tidak mahu membiarkan kariernya berkvbur begitu sahaja hanya kerana sudah mempunyai kerjaya yang stabil.

Saya sebenarnya sudah mewakili Kuala Lumpur pada umur 17 tahun (Piala Belia), namun, selepas masuk kolej, saya berhenti main bola sepak kerana beralih ke futsal.

Pada masa itu, saya banyak masa kerana sedang belajar di kolej dan pencapaian paling tinggi yang pernah saya capai ialah mewakili pasukan futsal negara pada Sukan SEA 2011.

“Selepas itu saya berhenti sepenuhnya bermain futsal apabila mahu memberikan fokus kepada kerjaya sebaik permohonan menjadi juruterbang kadet Air Asia diterima pada 2013, sebelum menjadi juruterbang, dua tahun kemudian,” katanya.

Tambah pemain berusia 28 tahun itu, dia cukup berbangga menjadi seperti hari ini memandangkan ayahnya, Muhamad Izwan Jaya Seelan dan abang, Amirul Asyraf juga merupakan juruterbang AirAsia.

Bermula daripada perasaan sekadar ingin tahu, Afif tidak sangka dia telah jatuh cinta terhadap kerjaya juruterbang dan akan mewarisi pekerjaan ayahnya.

Ketika di rumah, saya selalu dengar ayah dan abang bercerita pasal kerjaya juruterbang dan daripada situ perasaan untuk mencuba itu datang kerana minat yang ditimbulkan mereka.

Sememangnya kerjaya ini menjadi warisan dalam keluarga kerana ayah, (Muhamad Izwan Jaya Seelan) dan abang (Amirul Asyraf Muhamad Izwan) juga juruterbang, jadi saya gembira dapat teruskan kerjaya ini.

“Nasihat saya kepada rakan-rakan di luar sana, kerjaya memang sesuatu yang penting, namun, dalam masa sama tidak salah untuk teruskan bermain bola sepak asalkan dapat bahagikan masa sebaik mungkin,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Posted in: sukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *