Pemain lang Merah boleh Senyum Lebar Sambut Aidilfitri

Pemain Kedah bakal menyambut Aidilfitri dengan gembira selepas kerajaan negeri sebelum ini sudah meluluskan peruntukan RM2 juta untuk membayar tunggakan gaji mereka.Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris berkata, bekas Menteri Besar merangkap Presiden KFA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sudah meluluskan peruntukan itu dua hari sebelum meletak jawatan.

Daripada jumlah kelulusan RM2 juta berkenaan, sebanyak RM500,000 sudah pun selesai dibayar kepada semua pemain dan pegawai pada 14 Mei lalu.

Jadi, baki sebanyak RM1.5 juta lagi, kita harap dapat dibayar segera kepimpinan kerajaan negeri baharu selepas ini,” katanya semalam.

Dalam masa sama, Asmirul juga mengharapkan kerajaan negeri baharu dapat meneruskan usaha seperti yang sudah dilakukan kepimpinan tertinggi KFA sebelum ini.

Saya harap dengan kelulusan peruntukan gaji yang sudah diluluskan ini dapat menjelaskan kedudukan sebenar berkaitan isu gaji tertunggak.

“Ini membuktikan KFA tidak lepas tangan dalam isu tunggakan gaji pemain dan pegawai Lang Merah,” katanya.

Kelmarin, BH Sukan melaporkan pemain Kedah mengharapkan ihsan Menteri Besar baharu, Muhammad Sanusi Md Nor dapat memberi sinar Aidilfitri buat mereka selepas terpaksa ‘mengikat perut’ susulan berdepan tunggakan gaji tiga bulan.

Namun, dengan perkembangan terbaharu ini, setidak-tidaknya ia melegakan pemain menjelang Aidilfitri ini.