Pemain Lagenda Kebangsaan Lelong Kasut Emas

Bekas penyerang skuad kebangsaan Malaysia, Khalid Jamlus telah melakukan lelongan kasut emas yang dimenanginya pada musim 2002 pada harga RM10,500 semalam melalui bidaan di LIVE Facebook.

Sekitar 1,000 orang menyertai sesi LIVE tersebut dan pelbagai barangan peribadi Khalid Jamlus seperti poster, jersi serta medal yang dimenangi sepanjang karier beliau telah dibuka untuk bidaan semalam.

Kasut emas sebagai penjaring terbanyak saingan Liga Perdana 1 musim 2002 itu dianugerahkan kepada Khalid Jamlus selepas berjaya membawa Perak muncul sebagai juara dan beliau merekodkan 17 gol liga pada musim itu.

GAMBAR INI DIAMBIL KETIKA KHALID JAMLUS MENANTI DENGAN PENUH HARAPAN BIDAAN PADA SAAT AKHIR KASUT EMAS MUSIM 2002 MILIKNYA.

Beberapa lagi barangan lain seperti jersi Eintrach Frankfurt juga berjaya dibida oleh peminat selain medal kejuaraan yang pernah diraih ketika berada dalam zaman kegemilangannya.

TM LIGA SUPER 2007 MAN OF THE MATCH KETIKA PERLAWANAN SARAWAK BERTEMU PERAK, DIBERIKAN SEBAGAI FREE-GIFT KEPADA PEMENANG BIDAAN KASUT EMAS.

Mungkin ramai bertanyakan mengapa Khalid Jamlus ‘tolak’ barang yang memiliki sentimental value seperti ini namun berdasarkan penjelasan yang dikongsikan sendiri oleh Khalid Jamlus dalam sesi bidaan itu, beliau sudah 3 tahun tidak mempunyai job dan mungkin faktor kewangan serta survival menjadi punca utama.