Pemain ini perlu diberikan Perhatian

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menyifatkan
kualiti yang ada pada peny3rang import, Diogo Luis Santo setanding
dengan gandingan peny3rang terbaru Kedah, Kpah Sherman dan Tchetche
Kipree menjelang CIMB Piala Sumbangsih 2020, malam esok.

Sherman selaku penjaring terbanyak CIMB Liga Super 2019 dan Kipre
penjaring terbanyak edisi 2018 dilihat akan menjadi senjata terbaik
barisan hadapan pasukan Kedah untuk mengatasi JDT dalam pertembungan di
Stadium Sultan Ibrahim.

Walaubagaimanapun, Mora menganggap kehadiran dua peny3rang import
berkenaan tidak akan menggugat perancangan JDT kerana kekuatan yang
dimiliki oleh Diogo juga sama hebat untuk memberi tekanan kepada lawan.

“Saya tidak menafikan kualiti yang ada pada Sherman dan Kipre yang akan memperkuatkan ser@ngan Kedah.

“Tetapi kami juga ada Diogo yang mana kami boleh katakan dia juga
antara peny3rang terbaik dalam pasukan ini untuk memberi tentangan
sengit kepada lawan.

“Sebelum ini kami memang pernah berdepan dengan kekuatan yang ada
pada Sherman dan Tchetche, dan saya boleh katakan mereka memang
peny3rang yang merbahaya.

“Untuk JDT, kami sudah mengkaji apa yang sepatutnya dan semua pemain
perlu lakukan apa jua yang termampu untuk mengekang asakan mereka.”