Pemain Gantian Adalah Puncanya

Perasaan kecewa tidak dapat disembunyikan Dollah Salleh selepas Pahang terikat 3-3 ketika berdepan Perak di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Pengendali Tok G@jah itu berkata, kekec3waan itu selepas skuad itu selesa mendahului Perak 3-0 sebelum lawan bangkit menyamakan kedudukan 3-3.Bagi saya, punca keputusan seri lebih kepada kegag@lan lima pemain gantian mengikut rentak permainan hingga Perak menjaringkan tiga gol.

Kita bermain baik pada separuh masa pertama tetapi sebaik babak kedua, permainan menjadi kucar-k@cir hingga membenarkan lawan mendapat jaringan.

Tapi saya terima hakikat bahawa dalam bola sepak segala-galanya boleh berlaku dan akur sekadar mengutip satu mata, katanya.

Pada perlawnan itu, Pahang bermula cemerlang apabila selesa mendahului 3-0 pada separuh masa pertama sebelum lawan bangkit menyamakan kedudukan 3-3.Aksi babak kedua menyaksikan Dollah melakukan lima pertukaran pemain iaitu Dickson Nwakaeme, Muhammad Gopi Rizqi Rama Chandra, Bunyamin Umar, S Kumaahran dan Muhd Nur Izzat Che Awang dimasukkan.

Mereka menggantikan Ivan Carlos, Mohd Faisal Abdul Halim, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim, Ashar Al Aafiz Abdullah dan R Dinesh.

Namun, kegagalan lima pemain itu dalam mengimbangi perlawnan menyebabkan Perak mengambil peluang dan pulang dengan satu mata.

sumber:HM