Pemain Borussia Dortmund Dalam Radar Liverpool

Jadon Sancho sekali merupakan antara pemain muda yang berjaya menarik perhatian ramai kelab utama Eropah menerusi aksi cemerlangnya bersama-sama Borussia Dortmund.

Beliau kini memang dikaitkan dengan kepulangan semula ke England dengan beberapa kelab seperti Manchester United dan Chelsea cuba mendapatkan khidmatnya.

Salah satu kelab yang turut dikaitkan dengan nama Sancho adalah Liverpool. Tetapi adakah Jurgen Klopp mahukan beliau?

Menurut laporan Sky Sports, Klopp mengatakan yang beliau akan terkejut sekiranya kelabnya membeli pemain tersebut.

Hal ini kerana, beliau tidak menjangkakan situasi itu akan berlaku.Saya tak rasa situasi perpindahan itu akan berlaku walaupun warna merah jersi Liverpool cukup sesuai dengannya.

Beliau adalah seorang pemain yang cukup menarik untuk disaksikan. Jika beliau tiba di Liverpool, saya akan jadi orang yang paling terkejut dengan perkara itu.

Situasi untuk menyaksikan Sancho bermain di luar Bundesliga kini semakin menjadi kenyataan selepas pengurusnya, Lucien Favre mengakui terdapat beberapa pemain yang akan pergi meninggalkan Borussia Dortmund.

Dan salah seorang pemain tersebut adalah Sancho sendiri selain Mario Gotze dan Achraf Hakimi yang pulang ke kelab asal iaitu Real Madrid.Malah turut dikahabarkan, pemain pertahanan itu juga kini sudah hampir memastikan perpindahannya ke Inter Milan menurut Fabrizio Romano.

Hakimi sudah memilih hala tujunya, tetapi Sancho bagaimana? Dikhabarkan pemain itu menetapkan pilihan untuk menyertai pasukan yang hanya bermain di saingan UEFA Champions League musim hadapan.

Selain Manchester United dan juga Chelsea, pasukan La Liga iaitu Barcelona juga dikhabarkan berminat mendapatkan beliau yang dijangka memerlukan bayaran yuran perpindahan melebihi £100 juta sekiranya mereka benar-benar mahu memperoleh beliau.