Peluang Malaysia Layak Cerah

Ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengajak para pemain untuk menyasarkan kedudukan tertinggi dalam Kumpulan G bagi saingan pusingan dua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Seruan itu dilaungkan Cheng Hoe setelah Malaysia berjaya mencatatkan dua kemenangan berturut-turut ketika men3ntang Thailand dan Indonesia pada bulan ini sekaligus melonjakkan pasukan kebangsaan di tangga kedua Kumpulan G dengan kutipan 9 mata pada ketika ini.

Pengendali berusia 51 tahun ini yakin dan optimis anak-anak buahnya mampu mencatatkan keputusan positif dalam baki tiga perlawanan men3ntang Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Thailand pada tahun depan dengan syarat kesemua pemain terus meningkatkan pot3nsi diri dan memberikan tumpuan penuh kepada semua perlawanan.

“Sebagai jurulatih, saya rasakan secara keseluruhannya pasukan berada dalam keadaan positif.” 

“Bagi pemain pula, mereka perlu sentiasa pertingkatkan permainan, terus menumpukan perhatian untuk tiga perlawanan seterusnya pada tahun depan.”

“Jikalau dilihat (kedudukan semasa Kumpulan G) kita mempunyai peluang.”

“Jadi kita perlu menyasarkan dan men3namkan cita-cita tinggi untuk berada di kedudukan teratas atau empat terbaik dalam kalangan lapan naib juara kumpulan.” kata Tan Cheng Hoe selepas daripada perlawanan men3ntang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Kejayaan Malaysia melonjak ke kedudukan kedua Kumpulan G turut dibantu oleh keputusan seri tanpa jaringan perlawanan di antara Vietnam dan Thailand yang turut berlangsung semalam di Stadium Nasional My Dinh.

Sekiranya Malaysia berjaya menamatkan saingan selaku juara Kumpulan G atau menduduki kelompok empat terbaik dalam kalangan naib juara keseluruhan kumpulan, skuad kebangsaan layak ke pusingan tiga kelayakan Piala Dunia 2022 dan mara secara automatik ke saingan Piala Asia 2023.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *