Peluang Luas Untuk 28 Ubi Muda Selangor

Dr Johan Kamal Hamidon berkata Persatuan Bolasepak Selangor sudah ada perancangan bagaimana untuk kembangkan bakat muda yg terlalu ramai di Selangor dan percaya tidak akan timbul isu kurang minit bermain.

“Perancangan kami adalah untuk menempatkan mereka (pemain dari AMD) di Selangor II, skuad Piala Belia dan Presiden. Peluang untuk mereka ‘naik pangkat’ sentiasa terbuka dan mereka sendiri perlu rebut peluang itu.

“Mereka akan bermain bersama-sama pemain-pemain muda Selangor dan PKNS. Pada saya tidak timbul isu pemain-pemain AMD hanya akan memanaskan bangku simpanan dan kurang minit bermain.

“Kita tidak senaraikan para pemain AMD bersama pasukan utama (skuad Liga Super Selangor) kerana takut mereka tidak mampu menyaingi pemain-pemain senior sedia ada,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, “Langkah ini adalah sebahagian tanggungjawab kami untuk menyediakan platform pembangunan kepada pemain muda.

“Kami mahu menyediakan platform kepada proses pembangunan dan pastinya ini adalah cabaran kepada kami untuk tidak mengecewakan ramai pihak.”