Peled@k Tempatan yang Pernah Tawan Liga Super

Di Liga Malaysia, Kasut Emas sentiasa did0minasikan oleh pemain import. Ini terbukti dengan jumlah 12 pemain import pernah memenangi anugerah tersebut.Tapi ada 4 anak tempatan berjaya merangkul Kasut Emas di Liga Super sejak 2004. Rekod dicipta oleh Indra Putra, Nizaruddin Yusuf, Ashari Samsuddin dan Abd Hadi Yahya.

Liga Super 2004 / Indra Putra Mahayuddin
Kasut Emas 15 gol
Jumlah Keseluruhan Gol (22 gol)

Indra Putra membuktikan perpindahan beliau sertai Pahang musim itu menepati ramalan. Indra terlebih dahulu mencipta nama bersama pasukan Perak sebelum itu dimana Perak merupakan johan bagi Liga Premier 1 pada 2003. Beliau lebih banyak beraksi diposisi sayap sebelum diberi peranan sebagai penyerang di Pahang. Buktinya Indra mempamerkan sentuhan berbisa selepas merakam 15 gol dalam Liga Super, 4 gol dalam Piala FA dan 3 gol dalam Piala Malaysia menjadikan beliau meledak 22 gol untuk musim 2004.

Liga Super 2009 / Nizaruddin Yusuf
Kasut Emas 18 gol
Jumlah Keseluruhan Gol 29 gol

Bekas penye rang Kuala Lumpur, Selangor ini menikmati musim paling baik dalam karier pada tahun 2009 ketika mewakili pasukan Perlis. Nizaruddin meled@k 18 gol untuk merangkul kasut emas pertama dalam karier beliau. Bekas penye rang kebangsaan ini menamatkan musim cemerlang beliau dengan 18 gol Liga Super, 6 gol Piala FA dan 5 gol dalam Piala Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan gol adalah 29 gol. Jumlah tersebut adalah paling tinggi dikalangan pemain tempatan sejak Liga Super 2004 diperkenalkan.

Liga Super 2010 / Ashari Samsuddin
Kasut Emas 18 gol
Jumlah Keseluruhan Gol 20 gol

Ashari Samsuddin atau Saha merupakan pemain lagenda Terengganu. Ashari mempamerkan musim agak baik pada 2009 dengan jumlah 17 gol semusim dan akhirnya berjaya merangkul kasut emas peribadi pertama pada 2010. Ini selepas beliau berjaya merakam 18 gol dalam Liga Super. Pemain yang boleh beraksi dimana-mana posisi serangan ini menamatkan musim 2010 dengan jumlah 20 gol secara keseluruhan. 18 gol dalam Liga Super dan 2 gol dalam saingan Piala FA. Jumlah jaringan di Piala Malaysia 2010 tiada data tepat.

Liga Super 2011 / Abd Hadi Yahya
Kasut Emas 20 gol
Jumlah Keseluruhan Gol 24 gol

Abd Hadi Yahya adalah pemain tempatan terakhir yang berjaya merangkul kasut emas di Liga Super. Ianya dilakukan pada musim 2011 ketika mewakili Terengganu FA. Secara keseluruhan, Abd Hadi mencatat 20 gol di Liga Super dan 4 gol dalam Piala FA 2011 menjadikan jumlah keseluruhan gol beliau 24 gol semusim. Musim 2011 juga menyaksikan trio deadly Tranung berjaya menjaringkan 65 gol (Hadi-Manaf-Saha).

kredit:Don K-Rul IZham