Pecah rekod tidak kesampaian, Sah tinggalkan Pasukan

Nampaknya hasrat Guilherme De Paula untuk memecahkan rekod penjaring terbanyak buat Kuala Lumpur, Fandi Ahmad tidak kesampaian.

Striker Brazil itu hari ini diumumkan antara 18 pemain yang tidak akan menyarung jersi merah putih milik City Boys pada musim hadapan.

Kuala Lumpur yang akan beraksi di Liga Premier pada musim hadapan selepas tersingkir daripada Liga Super 2019, mengumumkan berita berkenaan menerusi laman media sosial rasmi mereka.

Antara pemain yang juga diumumkan meninggalkan Kuala Lumpur adalah Irfan Zakaria, Luke Woodland, Fakri Saarani, Sharbinee Allawee, Firdaus Faudzi, Fitri Omar, Naim Nazmi, Kamarul Effandi, Noh Haeng-seok, Darko Markovic, Ashri Chuchu, Zaiful Hakim, Arif Anwar, Hisyamudin Sha’ari, Haziq Mu’iz, Raphi Azizan dan Azmi Muslim yang sudah menyertai Kuala Lumpur.

The City Boys yang baru mengumumkan bahawa Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad sebagai Presiden baru Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), nampaknya perlu mencari ramai pemain bagi menggantikan tempat pemain-pemain yang dilepaskan. Mereka juga perlu mencari seorang ketua jurulatih baru selepas menukar jurulatih mereka tiga kali sepanjang musim lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *