Patutla Brendan Gan Power

Persembahan cemerlang Brendan Gan ketika men3ntang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam tadi nyata menarik perhatian majoriti penyokong bola sepak Malaysia.

Brendan Gan tampil menyamakan kedudukan pada minit ke-26 dan menghasilkan ‘assist’ untuk jaringan kedua yang disudahkan oleh Mohamadou Sumareh pada minit ke-56.

Bukan sahaja menyumbang kepada gol dan ‘assist’ di dalam perlawanan, Brendan juga mencuri perhatian dengan usaha tanpa mengenal erti p3nat l3lah turun dan naik sepanjang perlawanan untuk membantu kedua-dua bahagian s3rangan dan pertahanan.

Ketua jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe gembira dengan aksi yang ditampilkan oleh pemain berd@rah campuran Malaysia-Australia itu dan menjelaskan kecemerlangan pemain itu hasil komitm3n tinggi melakukan persiapan rapi sejak hari pertama sesi latihan lagi.

”Saya rasa mungkin disebabkan s3mangat baru sahaja menimang cahaya mata.”

”Sejak dari hari pertama dia menyertai kita (latihan pusat), dia sudah menunjukkan satu karakter pemain di mana beliau tahu mempersiapkan dirinya sendiri bagi menghadapi perlawanan.”

”Ini merupakan petanda yang baik dan diharapkan dia boleh meneruskan cara bermainnya. Pemain-pemain junior, pemain baru perlu belajar sesuatu daripada beliau.” kata Tan Cheng Hoe semasa sidang media selepas perlawanan.

Pada sidang media yang sama, Tan Cheng Hoe turut menyatakan dua pemain Malaysia iaitu, Matthew Davies dan Syafiq Ahmad tidak dapat diturunkan pada perlawanan seterusnya menentang Indonesia kerana terpaksa menjalani penggantvngan selepas mengutip dua kad kuning.

Perlawanan men3ntang skuad Garuda dijadualkan pada selasa depan, bertempat di stadium yang sama, Stadium Nasional Bukit Jalil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *