Patut Contohi Azmeer ,Perkara Yang Ramai Orang Tak Buat.

KUALA LUMPUR: Tonggak pertahanan Kedah, Azmeer Yusof menawarkan perkhidmatan gunting rambut percuma kepada golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di kedai miliknya, AY Barber Shop.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, pemain berusia 30 tahun itu berkata bayaran RM7 dikenakan kepada kanak-kanak dan RM10 hingga RM15 bagi orang dewasa yang menggunakan perkhidmatan di kedainya yang terletak di Alor Setar, Kedah.

“Untuk warga emas (60 tahun ke atas) dan OKU percuma! Hasil dari perniagaan ini akan disalurkan kepada rumah mengaji saya. Insya-Allah.

“Ini juga salah satu pilihan kepada tuan puan untuk gunting rambut di dalam barber shop Islam,” katanya.

Azmeer antara pemain bola sepak profesional di negara ini yang ligat dalam perniagaan selepas dia turut memiliki syarikat lori sampah AZYU Global Enterprise.