Pasukan Yang Mendapat Jolokan Manchester City Malaysia’

Masihkah anda ingat impak pasukan yang mendapat jolokan ‘Manchester City Malaysia’ ini?ATM mula membuat pelaburan besar pada musim 2012 selepas beberapa musim hanya menamatkan musim dipertengahan Liga sahaja.Sebelum itu, musim 2011 ATM menamatkan cabaran Liga Perdana ditempat ke-7.

Musim 2012 (Revolusi)
ATM memulakan revolusi mereka dengan mendapatkan beberapa pemain berstatus ‘bintang’ ketika itu.Dengan diberi ‘green light’ untuk mendapatkan kuota pemain asing musim itu, ATM melengkapkan kemasukkan Marlon Alex James dan Bruno Martelotto.Mereka turut mendapatkan 5 pemain Negeri Sembilan, Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Hairuddin Omar, Farizal Harun dan Irwan Fadzli Idrus selain Azmi Muslim, Rezal Zambery Yahya dan Fitri Omar yang juga pemenang kasut emas Liga Perdana 2011.Dalam membvru beberapa pemain berstatus bintang itu, ATM sempat mengeluarkan 2 pemain yang dianggap membuahkan hasil. K. Ruben dan Venice Elphi.

Hasil pelaburan besar mereka, ATM mencipta rekod sensasi seperti menjulang kejuaraan Liga Perdana 2012 dan merekodkan 73 gol dalam Liga. Itu adalah rekod paling tinggi dalam Liga Perdana sejak tahun 2000 ke 2019.ATM mempamerkan aksi menarik sepanjang Liga, mereka mencatat beberapa kemenangan luar biasa

Antara kenangan kemenangan itu,

ATM FA 7-0 NS Betaria FC
ATM FA 7-1 MB Johor Bahru FC
ATM FA 7-0 Perlis FA
ATM FA 8-1 MP Muar FC

Walaupun tersingkir awal pada Piala FA, ATM melakar kejutan dengan mara ke perlawnan akhir Piala Malaysia sebelum tewas kepada Kelantan. Dari Liga Perdana ke perlawnan akhir Piala Malaysia.Marlon sangat cemerlang sebaik kembali ke Liga Malaysia, musim 2012 beliau menamatkan musim dengan 33 gol. Beliau juga menjadi penjaring terbanyak Piala Malaysia 2012.

Ini senarai 4 penjaring ATM FA musim 2012

Marlon Alex James – 33 golHai-O – 11 golBruno Martelotto – 7 golZaquan Adha – 4 gol

.

Musim 2013
ATM bermula langkah kanan pada permulaan musim baru meskipun kehilangan 3 pemain utama yang ‘angkat kaki’ sertai revolusi JDT pula. Aidil Zafuan, Zaquan Adha dan Azmi Muslim kesemuanya sertai JDT.Mereka cuba balance’kan pasukan dengan mendapatkan 3 pemain juga. Shukor Adan, Nor Fadzly Alias dan Nizaruddin Yusuf perpindahan April. Musim baru, ATM meneruskan perseteruan bersama Kelantan lagi.ATM menew@skan Kelantan dalam penentuan sepakan penalti bagi meraih gelaran ke-2 mereka, Piala Sumbangsih 2013.Namun selepas itu aksi yo-yo dipamerkan ATM. Mereka menamatkan musim mengecew@kan dengan kedudukan ke-6 Liga, tersingkir awal Piala FA dan kecewa ditangan Kelantan pada aksi Separuh Akhir Piala Malaysia.Cuma catatan Marlon menjadi kenangan buat ATM musim itu. Marlon menamatkan kempen dengan rekod 27 gol. Beliau ditabalkan penjaring terbanyak Liga Super dan Piala Malaysia musim 2013.

Ini senarai penjaring terbanyak ATM musim 2013.

Marlon Alex James – 27 golChristie Jayaseelan – 7 golHai-O – 6 golBruno Martelotto – 4 gol

.

Musim 2014
Ia merupakan musim akhir kemewahan pasukan ATM ini.Permulaan langkah kiri dimulai kecede raan menimpa Marlon Alex James diawal musim. Marlon hanya sempat menjaringkan 1 gol sebelum disisihkan sepanjang musim.ATM berjaya mendapatkan bekas pengempur MPPJ, Juan Manuel Arostegui dari kelab Sportivo Belgrano. Arostegui ketika itu berusia 34 tahun.Arostegui ternyata sudah melepasi peak beliau, ATM tersasar jauh dari landasan pasukan besar musim ini. Mereka hanya ditempat ke-10 Liga, ters!ngkir awal Piala FA dan Piala Malaysia.

Penjaring terbanyak ATM musim 2014,

Juan Manuel Arostegui – 10 golBruno Martelotto – 6 golHai-O – 3 golChristie Jayaseelan – 2 gol

.

Bermula musim 2015, ATM gagal bertahan lagi. Pasukan jolokan Manchester City Malaysia itu tersingkir ke Liga Perdana.Itu juga menamatkan cerita ‘pasukan impian’ mereka selama 3 musim yang meraih 2 gelaran domestik.

sumber: Don K-Rul IZham