Pasukan Dah Mula Tenat

LOR SETAR: Persekitaran ekonomi yang perlahan akibat ancAman p@ndemik COVID-19 nyata turut memberi kesan besar terhadap kemampuan kewangan kelab-kelab kecil yang beraksi dalam Liga M3 musim ini.

Perkembangan sukar ini diluahkan oleh Pengurus Langkawi City FC , Mohd Noor Mohd Amin yang menganggap situasi terkini sebagai satu tamparan hebat buat pasukannya.

Kita faham p2ndemik ini memang di luar jangkaan dan boleh memberi kesan yang negatif khususnya dari segi pembayaran gaji pemain dan pegawai kerana kebanyakan pasukan dalam Liga M3 ini adalah pasukan kecil dan berisiko besar berhadapan krisis kewangan.

Kita juga sedar bahawa kebanyakan pasukan Liga M3 ini juga bergantung kepada sumber ekonomi daripada pihak penaja yang tentunya turut terkesan dalam kegawatan ekonomi.

Jadi seandainya selepas tempoh PKP ini tamat dan perlawnan masih tidak dapat tidak dapat diteruskan, saya mencadangkan agar Persatuan Bolasepak Malaysia dan Liga Bolasepak Malaysia membatalkan pertandingan Liga M3 pada tahun ini.

Namun jika cadangan FAM dan MFL untuk memulakan Liga M pada September tahun ini diluluskan kerajaan, kelab kecil seperti kami dalam Liga M3 perlu membuat perancangan lebih awal untuk memastikan semua aspek terutama kewangan dan gaji dapat dirancang dan diuruskan dengan baik, katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Noor berkata, pihaknya sedang menanti dengan penuh debaran sebarang pengumuman yang akan dibuat oleh FAM dan MFL pada Jun ini kerana Liga M3 kelolaan Amateur Football League (AFL) itu memerlukan kajian teliti berikutan saingan diadakan di padang terbuka.Saya yakin FAM dan MFL akan tampil dengan cadangan terbaik mereka kepada kerajaan selepas melihat setiap aspek yang tidak akan memudaratkan semua pihak, katanya.

sumber:BH