Panas: Pasukan Gergasi Bakal Jadikan Ubi Muda Sebagai Pasukan ‘Feeder Club’

Sejak beberapa minggu lalu, sudah mula kedengaran bisikan dimana ada sebuah pasukan yang berminat untuk mencari kelab atau pasukan untuk dijadikan sebagai feeder club untuk musim 2021 akan datang.

Dari maklumat beberapa individu yang diterima, pasukan itu sudah mula melakukan risikan bagi mengenalpasti pasukan-pasukan yang berp0tensi besar untuk dijadikan sebagai feeder club mereka tidak lama lagi.

Selain itu, pasukan tersebut juga sudah mula memberikan ‘hint‘ yang kuat kepada pemain-pemain dari Akademi Mokhtar Dahari bahawa tahun hadapan mereka akan mempunyai feeder club seterusnya dilihat sebagai destin@si bagi pemain-pemain AMD yang akan keluar tidak lama lagi.

Dimaklumkan juga, pasukan itu mempunyai budget yang mencukupi bagi menjadikan perkara itu satu kenyataan dengan backup kuat dari orang politik, menjadikan mereka lebih yakin dan bersungguh-sungguh untuk merealisasikan perkara ini.

Dari pemerhatian kepada pasukan-pasukan yang sudah mula dirisik, hampir semua pasukan itu mempunyai masalah samada dari segi kewangan seperti tunggakan gaji atau masalah pengurusan dan juga halatuju masa depan kelab yang tidak begitu jelas.

Sekiranya menjadi kenyataan, 5 pasukan dalam saingan Liga Perdana 2021 adalah merupakan feeder club yang mungkin bakal menjadi topik perbualan hangat ramai peminat bola sepak di Malaysia nanti.

sumber:Vocketfc

Sama-sama kita nantikan, apakah perkara ini akan diteruskan sehingga menjadi kenyataan ataupun pihak pengurusan tertinggi pasukan itu memiliki plan B jika berlaku pertukaran kerajaan.