Pahang sah tak sambung kontrak

BEKAS pemain kebangsaan, Zubir Azmi mengesahkan kontraknya bersama Pahang tidak dilanjutkan bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Justeru, pemain kelahiran Terengganu itu berkata, dia sudah mula mencari pasukan baharu untuk meneruskan kerjaya selepas menabvr bakti bersama skuad Pahang selama tiga musim sejak 2017.

Setakat ini, saya ada menerima tawaran daripada beberapa pasukan dan yang pasti saya mahu bermain dalam saingan Liga Super musim depan.

“Saya harap dapat membantu pasukan baru nanti mencipta kejayaan,” kata pemain berumur 28 tahun itu.

Mengulas pengalaman selama tiga musim bersama skuad Pahang, Zubir berterima kasih kepada pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP), barisan kejurulatihan dan penyokong.

Pemain pertahanan itu berkata, banyak kenangan pahit dan manis selama tiga musim bersama pasukan yang hebat itu.

“Saya memohon m@af sekiranya ada salah laku sepanjang bersama Pahang. Sudah pasti saya merindui suasana di Stadium Darul Makmur,” katanya.

Selain Zubir, dua pemain import, Saddil Ramdani dari Indonesia dan Safuwan Baharudin (Singapura) mengesahkan meninggalkan skuad Pahang.

Difahamkan, beberapa pemain termasuk import juga dikatakan akan meninggalkan Pahang.

Musim ini, skuad kendalian Dollah Salleh g@gal meraih piala termasuk mempertahankan Piala FA dimenangi musim lalu.

Pencapaian terbaik dalam saingan Liga M musim ini ialah muncul selaku naib juara Liga Super manakala masing-masing misi Piala FA dan Piala Malaysia tersekat di separuh akhir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *