Pahang Akan Jadi M@ngsa Seterusnya

Kedah yang menduduki tangga kedua Liga Super menganggap tugas berat menanti mereka apabila berkunjung ke Stadium Darul Makmur menent@ng Pahang, Sabtu ini.

Ketua jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak berkata meskipun berjaya mengekalkan kemenangan kelima berturut-turut selepas menewaskan Sabah 3-1, Isnin lalu tetapi skuad kendaliannya terpaksa melakukan persiapan singkat.

Pahang pasukan yang hebat dan saya akui ia bukan tugas mudah, apatah lagi kami ber@ksi di laman lawan.Malah, kami perlu melupakan istilah penat, sebaliknya terus berkerja keras bagi memastikan m0mentum kemenangan dapat diteruskan.

Justeru, kami kini terus berada di Kuala Lumpur memandangkan cuma lima hari selepas perlawanan menent@ng Sabah bagi mendapat tempoh rehat yang secukupnya sebelum berangkat ke Kuantan esok, katanya.

Aidil juga berkata skuadnya yang kini menjalani latihan di Shah Alam perlu memanfaatkan tempoh latihan yang lebih singkat bagi memperbaiki setiap kelemahan dan menyusun strateg! yang lebih berkesan.

sumber:BH

Selepas menent@ng Pahang, Kedah bakal berhadapan dua lagi aksi mencabar menent@ng Melaka pada 2 Oktober di Stadium Darul Aman sebelum menamatkan kempen musim ini menent@ng Perak di gelanggang lawan pada 10 Oktober.