Orang Panggil Baddrol ‘Badd Long Ball’

Alhamdulilah, LS4 akhirnya dinoktahkan dengan kemenangan pertama untuk Kedah musim 2020.Berlaku rombakan dalam kesebelasan utama. Baddrol kembali keposisi tengah yang merupakan role sekvnder dia sebenarnya, Alex bermula di sayap kanan, Shakir yang kebiasaan diposisi CB beralih ke pertahanan kiri dan Irfan main CB.Seperti 3 perlawnan sebelum ni, Kedah memulakan perlawnan dengan intensiti tinggi. Bezanya dengan sebelum ni, Kedah kekurangan idea dari koridor tengah.

Badd ni special sebab dia mampu occupy mana-mana posisi dalam kem Kedah. Taruk dia flanker kanan, dia masih no 1 diposisi tu, tarik masuk center main NO6 pun dia masih no 1 kat situ. Bukan senang untuk dalam satu musim pemain tu boleh bawa 2 posisi berbeza. Tapi tula Badd.

Orkestra
Orang nak panggil ‘Badd long ball’ ke tu bukan masalah perlu kita fikir, masalah adalah mampu atau tak dia pikul dan main situ. Jawapan untuk malam ni, Ya dia mampu.Badd ada teknik untuk coverage box dia dengan baik. Dia boleh bertahan (boleh diperbaiki lagi) dan boleh buat hantaran laser dengan accuracy yang agak baik. Tengok ketepatan passing dia tadi kearah Hadin, benda tu Kedah takda dalam 3 game sebelum ni.Dalam game ni, Fadzrul lebih diberi penekanan untuk membuat pressing kepada lawan, Badd berada diantara garisan pertah@nan. Dia akses hantaran ke semua arah sera ngan tanpa perlu bergerak jauh dari koordinat dia.Seterusnya Badd efektif dalam mengekalkan shape pasukan. Dia mungkin bukan ‘destroyer’ tapi dia mampu shielding pasukan bila positioning dia baik. Dapat kacau counter-attack lawan pun dah kira okey.

Deeplying midfield ni jarang dapat perhatian umum tapi sebenarnya penting buat pasukan. Tak hidup peranan dia, terputuslah link pertahanan atau sera ngan.Cukup untuk penerangan posisi Badd malam ni, bagaimana pula defend Kedah?Kemasukkan Irfan ke CB mulanya agak risau. Irfan ni kadang-kadang agak gopoh menangani situasi tapi malam ni dia berhak diberi kredit bersama Renan, Rizal dan Shakir. Ada satu crucial blocking Irfan buat tadi.2 fullback tidak terlalu ofensif malam ni. Lebih banyak mengawal zon mereka dengan baik untuk malam ni.

Flanker tidak banyak perubahan. Alex dan Hadin beroperasi agak baik. Mereka menyukarkan bek sisi Selangor malam ni. Hadin ada 3 peluang terbaik dia malam ni, ada sedikit ‘selfish’ untuk menjaringkan gol, tapi positifnya, Hadin macam selalu cakap, dia ada ‘spark’ untuk buat larian terus ke kotak penalti lawan. Cuma malam ni bukan malam Hadin untuk catat nama penjaring.Gandingan Kipre/Kpah pun meneruskan kesefahaman yang baik.

sumber:Don K-Rul IZham