Orang Lama Ke CityBoy

Menyedari rekod b0los mereka adalah paling buruk selama dua musim berturut-turut, KL nampaknya mengambil langkah untuk memperk@sa pert@hanan dengan membawa masuk dua pemain berpengalaman iaitu Shukor Adan dan S.Subramaniam.

Walaupun belum ada pengumuman rasmi dari KL berhubung kemasukan dua bekas pemain kebangsaan itu, kelibat kedua-dua mereka sudah dapat disaksikan di sesi latihan.

Shukor Adan pada musim 2019 telah mewakili Melaka United manakala Subra pula telah dua musim bermain dengan PJ City.