Norfarhan Salahkan KAFA

Bekas penye rang pasukan Kelantan, Norfarhan Muhammad menegaskan bekas majikannya itu bersalah sepenuhnya dalam kes tuntutan bekas pemain import, Cassio De Jesus.Menerusi laman media Facebooknya, Farhan berkata sikap Persatuan Bola Sepak Kelantan yang berdiam serta mementingkan diri sendiri ketika pemain bersedia untuk mengadakan perbincangan nyata membawa padah.“Sepenuhnya salah KAFA.

Semasa pemain memberi kelonggaran dan bertolak ansur dengan KAFA, mereka hanya mementingkan diri sendiri, walaupun pemain sanggup mengurangkan bayaran.Apabila perkara seperti ini berlaku, mereka takut dan meminta derma. Apa fungi orang dalam KAFA itu sendiri? Minta orang dalam persatuan untuk derma dahulu, kata Farhan.Norfarhan turut menegaskan satu-satunya individu yang layak untuk memimpin KAFA ialah bekas Presiden iaitu Tan Sri Annuar Musa.Meskipun ketika zaman pemerintahan Tan Sri Annuar KAFA turut berdepan dengan masalah tunggakan gaji, namun Farhan menjelaskan mereka masih mampu untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan menggunakan budi bicara.

Akhir sekali, pemain yang pernah membantu Kelantan memenangi kejuaraan Liga Super itu meminta agar KAFA dibubarkan.