Norde Import Terakhir Melaka United

MELAKA: Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) melengkapkan kuota pemain importnya dengan mengikat pemain kebangsaan Haiti, Sony Norde hari ini.

Penolong pengurus Melaka United (MU), Syahrul Nizam Shamsuddin berkata, pemain tengah menyer ang berusia 30 tahun itu pernah menyertai skuad pembangunan Boca Juniors, Argentina dari 2008 hingga 2011 sebelum ke Mexico menyertai kelab San Luis B dan Altamira.

Katanya, pemain itu turut beraksi bersama kelab Bangladesh, Sheikh Russel KC dan SJD Club selain kelab terkemuka India Mohun Bagan dan Mumbai City FC.

‘Kelab terakhirnya sebelum menyertai MU ialah Zira FK yang beraksi dalam liga utama Azerbaijan. Jadi, kita harap pengalaman luasnya itu mampu membantu pasukan selain membentuk persefahaman mantap dengan rakan penye rang, Uche Agba,” katanya.

Syahrul berkata, pemain terbabit akan membuat penampilan pertamanya bersama MU pada aksi pramusim berdepan UKM FC di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam ini.

Kehadiran Norbe menamatkan pencarian import selepas sentvhan Amido Balde bagi mengisi import keempat skuad berkenaan tidak menepati selera skuad berkenaan.