Nik Akif tidak mahu k3cewa di masa depan

Skuad bawah 23 tahun negara berada dalam fasa persiapan akhir untuk beraksi di Sukan SEA 2019 yang akan bermula pada 26 November depan.

Seperti diketahui lima pemain telah digugvrkan, menjadikan tinggal 24 pemain masih berusaha keras untuk menempatkan diri dalam senarai akhir 20 pemain yang akan diumumkan Dato’ Ong Kim Swee selewat-lewatnya pada Jumaat (22 November).

Jumlah itu bagaimanapun belum termasuk pemain berpengkalan di Amerika Syarikat Wan Kuzain Wan Kamal serta beberapa pemain bawah 22 tahun antaranya Akhyar Rashid, Haziq Nadzli, Syamer Kutty Abba dan Safawi Rasid yang sedang bersama skuad senior yang akan melapor diri pada 20 November, sehari selepas aksi menentang Indonesia.

Bagi pemain tengah Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat, dia mengakui persa!ngan adalah cukup s3ngit namun sangat berharap akan dapat memenangi kepercayaan Kim Swee untuk membuat penampilan pertama kali di temasya dwitahunan itu.

“Persa!ngan terutamanya untuk posisi tengah dan attacking mid memang cukup sengit, coach ada banyak pilihan termasuk pemain dari skuad B-19 yang mana semuanya berkualiti dan kami semua sedang bekerja keras meyakinkan jurulatih.

“Dengan masa semakin suntuk, perlu diakui tekanan semakin memuncak, amat penting untuk terus memberi komitmen terbaik dan meningkatkan prestasi ke tahap maks!ma untuk memastikan nama tidak tercic!r dalam senarai akhir nanti,” ujar Nik Akif Syahiran yang menjaringkan satu gol ketika skuad B-22 menewaskan PJ City 4-0 pada Jumaat lalu.

Sebagai rekod, lima pemain yang telah digugvrkan selepas aksi persahabatan itu adalah Nik Azli Nik Alias (Kelantan), Haziq Subri (Perak), Amirul Ashraff Ariffin (Selangor) serta Ariff Ar Rasyid Arifin dan Shivan Pillay Asokan (PKNS FC).

Di Sukan SEA 2019, Malaysia yang merupakan finalis edisi 2017 telah diundi sekumpulan bersama tuan rumah Filipina, Myanmar, Kemboja dan Timor Leste

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *