Nik Akif Syahiran DiHasut Supaya Tinggalkan Kelantan

KUALA LUMPUR: Peminat bola sepak tanah air menyarankan pemain tengah berbakat, Nik Akif Syahiran Nik Mat men!nggalkan Kelantan dan berhijrah ke pasukan lain.

Ini selepas pemain berusia 21 tahun itu memuat naik kenyataan kec3wa di laman Instagram miliknya, kelmarin yang did@kwa ditujukan kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).Kenyataan dibuat Nik Akif itu dipercayai membabitkan masalah tunggakan gaji yang masih gagal diselesaikan KAFA.

Pengguna media sosial, malayanfootball.my memberikan komen: Kalau doh (sudah) takdop (tiada) penyelesaian, eloklah berhijrah demi masa depan yang lebih cerah.

Seorang lagi pelayar, thesukanarsenal berkata: Dapat tawaran lebih bagus pergilah Akif. Demo (anda) boleh pergi jauh. Buat masa ini Kelantan memang berat (teruk) dari segi pengurusan.

Sementara itu, syafiqmahari berkata: Pergi main luar (pasukan lain) Akif, dari duk main negeri sendiri orang buat nanya, baik keluar pergi main (pasukan) lain.

Saranan daripada peminat atau pengguna media sosial itu boleh dianggap ada betulnya demi masa depan Nik Akif yang sebelum ini dicanang sebagai antara aset penting buat bola sepak negara.