Nidzam Jamil Dilamar Pasukan Gergasi Liga Super

Setelah Felda United sah menarik diri daripada sa!ngan Liga Malaysia musim hadapan, ketua jurulatihnya, Nidzam Jamil dikhabarkan menerima beberapa tawaran daripada pasukan tempatan.

Isnin lalu, Unit K0munikasi Korporat Felda mengumumkan pembabitan Felda dalam sa!ngan Liga Malaysia hanya sehingga musim 2020 sahaja, sekaligus menjadi tanda bahawa pasukan itu akan dibvbarkan dan menarik diri dari kancah bola sepak tempatan.

Sejak diberi tanggungjawab untuk menjadi ketua jurulatih Felda, Nidzam berjaya menampilkan kemampuan beliau meskipun menguruskan pasukan yang tidak mempunyai bajet tinggi seperti pasukan besar lain.

Nidzam juga menjadi salah satu jurulatih muda terbaik dalam negara disamping pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain dan ketua jurulatih Pulau Pinang, Manzoor Azwira.Bekas pemain Selangor itu menjadi pilihan peminat skuad Red G!ants bagi menggantikan B.Satianathan yang dipecat bulan lalu.

Namun, Persatuan Bola Sepak Selangor dikhabarkan sudah mempunyai pilihan mereka sendiri bagi mengendalikan skuad utama pada saingan musim hadapan.

sumber:vocketfc