Neymar dan Barcelona bermula di mahkamah

BARCELONA 27 Sept. – Mahkamah Buruh di Sepanyol akan memulakan perbicaraan berhubung perb@lahan kontrak bernilai jutaan euro antara Neymar dan kelab lamanya, Barcelona di sini hari ini.

Neymar, 27, yang sudah tiba di bandar ini sehari lebih awal bagi menyelesaikan pertikaian tersebut mengikut undang-undang bagaimanapun perlu menghadiri satu sesi perbincangan bersama dengan wakil kelab di depan hakim sebelum perbicaraan berlangsung.

Perb@lahan kedua-dua pihak ini bermula selepas Neymar mengambil keputusan meng3jut meninggalkan Barcelona untuk berhijrah ke Paris Saint Germain (PSG) pada 2017 hanya selepas tidak sampai setahun mengikat kontrak lanjutan bersama kelab g3rgasi Sepanyol itu.

Perpindahan itu menyaksikan Neymar muncul pemain termahal dunia ketika itu selepas PSG bersetuju membayar harga 222 juta euro (RM1.02b) untuk mendapatkan striker antarabangsa Brazil tersebut.

Berikutan itu walaupun terpaksa melepaskan Neymar, Barcelona kemudiannya meny@man pemain terbabit kerana melanggar kontrak lanjutan yang ditandatangani pada 2016 sekaligus enggan membayar 26 juta euro (RM120j) yang merupakan bonus menyambung kontrak tersebut.

Neymar yang tidak berpuas hati kemudian membuat rayuan kepada FIFA tetapi ditolak menyebabkan dia membawa isu bonus tersebut ke mahkamah pula. Ini kerana Barcelona turut menuntut agar Neymar membayar balik pendahuluan bonus tersebut berjumlah 8.5 juta euro (RM39j) yang telah dibayar kepada pemain itu termasuk dengan faedahnya sekali.

Neymar pula menuntut agar Barcelona membayar semua bonus tersebut bersama dengan faedahnya sekali. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *