Netizen Mengamok , Sumareh Pegang Anjing

TONGGAK naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh seperti yang diketahui umum beragama Islam dan sering menunaikan ibadah di masjid apabila mempunyai masa terluang berbuat demikian.

Namun timbul satu perkara mengejutkan apabila pemain berasal dari Gambia itu dikatakan ada membela seekor anjing peliharaan sekali gus mengejutkan ramai pihak yang sering mengikutinya di laman Instagram.

Malah, tindakan pemain Malaysia itu memegang anjing berkenaan turut menimbulkan persoalan netizen kerana semua sedia maklum perbuatan terbabit adalah haram bagi individu beragama Islam.

Walaupun netizen membangkitkan perkara terbabit ketika Sumareh sedang bersiaran langsung menerusi laman Instagramnya beberapa hari lalu, pemain terbabit tidak cepat melatah dan menjawab pertanyaan peminatnya dengan baik.

Saya memegang anjing tidak akan mengubah kepercayaan terhadap Islam dan haiwan terbabit adalah ciptaanNya seterusnya perlu menyayangi anjing itu.

Anjing terbabit bukanlah milik saya dan tidak membelanya di rumah, cuma pada ketika itu ada rakan yang datang membawa haiwan terbabit, katanya, ketika dihubungi.

Sumareh sering bersiaran langsung menerusi laman Instagram malah turut menjawab setiap pertanyaan peminatnya.