Netizen buat Sathia Berang

SAINGAN Liga Super baharu sahaja bermula namun kem Selangor boleh dikatakan agak tegang apabila !su rasis daripada penyokong mereka mengganggu fokus pemain untuk beraksi lebih baik ketika di padang.Malah, isu yang timbul menyebabkan Pengendali skuad Gergasi Merah, B Sathianathan mengamuk ketika sidang media selepas perlawnan Liga Super menent@ng Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam kelmarin.

Bekas jurulatih skuad kebangsaan itu tidak menjangkakan perkara berkenaan boleh berlaku ketika Selangor baharu sahaja mengharungi dua sa!ngan liga.Beliau berkata, isu rasis berkenaan yang timbul berikutan meletakkan pemain berketurunan India adalah berdasarkan kebolehan dan kemampuan mereka untuk membantu pasukan bukannya ‘pilih bulu’ hingga menidakkan individu lain.

Saya risau mengenai P Prabakaran. Dalam Facebook orang kata saya pilih bulu. Kata pilih bulu ini datang daripada seorang bekas pemain.Saya nak tanya, adakah salah saya letak salah seorang pemain (Prabakaran). Adakah salah saya letak seorang macam saya. Dia bukan pemain bola ke? katanya.

Pada perlawnan malam kelmarin, Selangor berjaya mengelak daripada kekalahan apabila jaringan penyamaan penye rang importnya, Ifedayo Olusegun membolehkan terikat 1-1 menent@ng Perak.Sementara itu, Sathia juga mempersoalkan individu tertentu terutama netizen di media sosial yang mengkr!tik secara melulu tanpa memikirkan kesan jangka panjang.

Cara dia tulis macam tak pergi sekolah langsung. Dah 63 tahun kita merdeka. Masih lagi maki menggunakan keling la, anjing la.Selangor pada tahun-tahun mereka berjaya saya berani cakap. Empat India, lima India, tiga cina, empat Melayu bermain dalam satu pasukan dan jadi juara.Ini baru saya letak satu dan dua pemain India. Di Kelantan, saya letak dua India, dah juara. Itu Kelantan. Patut orang Kelantan bermain. Ini mereka tak boleh terima, katanya.