Nelayan As!ng Tunjuk Samseng

NELAYAN as@ng mula tunjuk samseng sehingga mengugut dan menunjukkan senjata kepada nelayan tempatan ketika mencer0boh perairan negeri ini.

Nelayan Vietnam bersikap ‘besar kepala’ berikutan kebimbangan penularan Covid-19 menyebabkan pegawai dan anggota penguat kuasa yang hanya membuat pengus!ran tanpa tangkapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim berkata, tindakan pengusiran tanpa membuat tangkapan menyebabkan nelayan Vietnam semakin berani mencerob0h dan mencur! khazanah hasil laut secara besar-besaran.

Menurutnya, tindakan pengusiran tanpa membuat penangkapan dan penahanan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan pencer0boh semakin berani mengaut hasil laut.

Beberapa kawasan perairan yang kaya dengan hasil laut termasuk perairan Pulau Tenggol, Dungun antara lokasi yang menjadi sasaran nelayan Vietnam.Nelayan Vietnam itu menggunakan pukat ganding untuk menjahanamkan hasil laut, katanya melalui kenyataan hari ini.

Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Jabi berkata, nelayan asing itu sanggup mengugut dengan menunjukkan senj@ta tajam kepada nelayan tempatan yang cuba menghalang aktiviti mereka.Kerajaan negeri mencadangkan tindakan lebih tegas perlu dilakukan. Tidak cukup dengan sekadar mengusir saja.Jika kaedah pengusiran dilakukan, nelayan itu hanya lari sekejap dan akan datang semula untuk mengaut hasil laut negara, katanya.Dr Azman berkata, pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) juga diminta berwaspada ketika melakukan operasi bagi mengelakkan penularan Covid- 19.