Nazmi wira JDT benam Uitm

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) dipaksa bermandi peluh sebelum melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas UiTM FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

Nazmi Faiz Mansor muncul penyelamat skuad H@rimau Selatan selepas bola ledakan deras dari luar kotak penalti memastikan kemenangan buat juara liga enam musim berturut-turut itu.Pengendali JDT Benjamin Mora merehatkan Safawi Rasid selepas aksi tidak k0nsisten baru-baru ini.Skuad H@rimau Selatan mendahului permainan pada minit kesembilan apabila Leandro Velazquez mengumpan bola tepat kepada Diogo Luis Santo yang melepaskan rembatan leret menew@skan penjaga gol, Muhamad Nor Haziq Mohd Aris.

Bagaimanapun tuan rumah dikejutkan dengan jaringan penyamaan pelawat pada minit ke-19 menerusi Victor Nirennold yang mengambil kesempatan di atas kekalutan di hadapan pintu gol untuk menew@skan penjaga gol, Farizal Marlias.

Ternyata sepanjang 20 minit terakhir babak pertama, skuad H@rimau Selatan tampak sukar menambah jaringan apabila corak permainan kemas anak didik Frank Bernhardt yang begitu berdisplin mematikan gerakan berbahay@ gandingan tiga serangkai Luis Santo, Gonzola Cabrera dan Nazmi Faiz Mansor.Bersambung babak kedua, pelawat mengundang cemas pada mnit ke-50 selepas bola rembatan deras Gustavo Dos Santos di luar kotak penalti terkena palang ketika Farizal sudah tertew@s.

Tuan rumah akhirnya menarik nafas lega selepas bola umpanan Velazquez membuka ruang buat Nazmi menew@skan Muhamad Nor Haziq pada minit ke-70.

sumber:BH