Nasihat Penting Buat Luqman Hakim

Bekas penyrang kebangsaan Akmal Rizal Ahmad Rakhli menganggap Luqman Hakim Shamsudin sebagai seorang pemain yang bertuah kerana dapat mengikat kontrak bersama kelab Belgium KV Kortrijk.

Luqman yang berusia 18 tahun menandatangani kontrak lumayan selama lima tahun dengan klausa perpindahan sekitar RM20 juta bersama pemilik kelab itu Tan Sri Vincent Tan di ibu negara pada Khamis lalu.

Dan Akmal Rizal yang turut pernah berpeluang menjejak kaki ke bumi Eropah ketika zamannya sebagai pemain sekitar tahun 1999 dan 2001 untuk beraksi di Perancis memberikan nasihat untuk dijadikan panduan kepada pemain kelahiran Kelantan itu.

Saya ikuti perkembangan Lukman. Memang dia adalah pemain yang cukup berbakat. Dia memiliki tuah untuk dipilih ke sana (Belgium).

Dia boleh ke sana terlebih dahulu untuk melihat persekitaran dan tiada masalah untuk membawa ahli keluarga bagi menemaninya sepanjang tempoh satu atau dua bulan sehingga boleh menyesuaikan diri dan berdikari.

Sudah pasti ada rakyat Malaysia di sana dan mereka sendiri pasti sudah heboh memperkatakan mengenai Luqman, jadi pasti akan ada rakyat Malaysia di sana yang akan cuba membantunya.Ia akan memudahkan proses menyesuaikan diri dengan keadaan di Belgium.

Saya harap pemain muda lain dapat menjadikan Luqman sebagai idola dan seorang yang akan mendor0ng mereka untuk keluar daripada Malaysia kerana sekiranya mereka hanya berada di sini (Malaysia), ia akan menjadi zon selesa buat mereka.

“Mereka tidak tahu apabila mereka keluar ke negara-negara Eropah atau ke kelab-kelab besar Asia, ia akan lebih mematangkan mereka untuk menjadi pemain yang mempunyai perwatakan yang lebih baik dan apabila mereka pulang ke Malaysia, mereka akan dapat menunjukkan ilmu yang mereka peroleh dari luar negara kepada pemain-pemain lain,” katanya dalam temubual disiarkan Nadi Arena.

Karier Akmal Rizal di Eropah tidak bertahan lama gara-gara masalah keced3raan yang dialami membuatkannya terpaksa pulang awal ke Malaysia dan bermain di Liga Malaysia bersama Kedah, Selangor, KM Naza, Kelantan, Perak dan Sarawak.

sumber:labolamalaya

Namun dia berharap perjalanan karier Luqman Hakim tidak ditimpa masalah sama dan mendoakan pemain itu akan cemerlang di negara orang.