Nama Luqman Tiada Dalam Senarai

Penyrang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim kini sudah lebih sebulan berada di Belgium dan beliau dilihat berjaya menyesuaikan diri dengan baik bersama kelabnya, KV Kortrijk.

Sudah menjaringkan beberapa gol bersama skuad B-21 tahun dan juga skuad senior dalam perlawnan persahabatan, kini yang di tunggu-tunggu oleh peminat bola sepak tanah air ialah Luqman ber@ksi buat kali pertama dalam saingan Jupiler Pro League.

Pada perlawanan menentang Royal Excel Mouscron pada Sabtu lalu, peminat menjangkakan Luqman akan diturunkan setelah mengikuti sesi latihan sebelum perlawnan dijalankan. Namun, hasrat tersebut tidak menjadi kenyataan apabila Luqman tidak berada dalam matchday squad.

Melihat kepada perkara ini, Luqman tidak cepat melatah dan beliau kekal tenang menunggu peluang untuk menjalani debut dalam saingan divisyen pertama bola sepak Belgium itu.

Menerusi laman media sosial Twitter miliknya, Luqman memuat naik kata-kata semangat sekaligus menggambarkan beliau tidak akan berputus asa untuk mendapatkan perhatian pengurus Kortrijk, Yves Vanderhaeghe.Ketika ini, KV Kortrijk menduduki tangga keempat dalam carta liga dengan kutipan 10 mata, dua mata di belakang pendahulu iaitu Charleroi.

sumber:Vocketfc

Pada perlawnan seterusnya, Kortrijk akan turun berdepan Standard Liege di tempat lawan.