Naik berat badan kena Hvkum

DENDA RM100 hingga RM200 bakal menanti setiap pemain PDRM jika mereka gagal mengawal berat badan apabila Liga Malaysia (Liga M) kembali bersambung semula sekiranya wabak koronavirus (Covid-19) reda.Bagaimanapun jurulatih skuad The Corp itu, Mohamad Ishak Kunju Mohamad menyatakan ‘penalti’ itu bukan bersifat untuk menyeksa anak buahnya, tetapi lebih kepada pengajaran dan motivasi kepada pemainnya supaya sentiasa bersedia.Beliau berkata, bentuk hukuman itu juga dilihat mampu mengekalkan kecergasan barisan pemainnya selain bagi mengelak mereka ‘terlena’ dalam tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu.Bentuk hukuman ini bukan bersifat untuk menghukum pemain, tapi sebagai pengajaran dan motivasi kepada mereka agar mampu mengawal dan mengekalkan berat badan ideal sebagaimana sebelum tempoh PKP itu.“Begitu juga dengan ujian kecergasan, pemain perlu melepasi tahap kelajuan larian. Bagaimanapun saya yakin semua pemain mampu mencapai tahap berkenaan dan mereka sudah bersetuju dengan bentuk hukuman itu.

Jika mereka kembali dalam kem latihan selepas tempoh PKP itu berakhir walaupun berat hanya melebihi satu kilogram, penalti tetap akan dikenakan sama ada RM100 atau RM200 mengikut mana yang bersesuaian, paling penting pemain hadir dengan berat badannya sama sebelum tempoh PKP,” katanyaIshak berkata bagi memastikan anak buahnya sentiasa cergas dan mampu mengekalkan berat badan yang ideal, beliau bersama barisan kejurulatihan sudah merangka latihan khas buat pemain di kediaman masing-masing.

Pemain tidak dibenarkan menggunakan padang di PULAPOL serta masuk di pusat berkenaan, mereka hanya dibenarkan membuat latihan khas di rumah dan perlu menghantar laporan bukan berbentuk video kepada jurulatih kecergasan.Jurulatih kecergasan juga akan maklumkan latihan yang perlu dilakukan pemain menerusi kumpulan WhatsApp sebelum menghantar laporan penuh kepada ketua jurulatih.Manakala bentuk latihan pula bergantung kepada peralatan yang dimiliki pemain, tapi dengan syarat latihan berkenaan perlu dilakukan antara 30 hingga 45 minit sehari. Ini penting kepada pemain untuk mengekalkan tahap kecergasan mereka sebaik liga disambung.Setakat ini semua pemain melakukan dengan baik tanpa sebarang masalah,” katanya.