Mungkin Ini Sebab Kedah Kalah

Persatuan Bola Sepak Kedah memberi jaminan akan menyelesaikan tvnggakan tiga bulan gaji pemain dan barisan jurulatih Lang Merah sebelum 30 September ini.

Presidennya, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata tunggakan gaji itu membabitkan bayaran bagi April, Mei dan Jun, manakala gaji semasa sudah dibayar.

Kita tak ada masalah dalam menyelesaikan gaji semasa dengan gaji Julai, Ogos dan September tahun ini sudah kita lunaskan.Manakala untuk April, Mei dan Jun yang tertunggak akan kita selesaikan sebelum 30 September ini, katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Terdahulu, Muhammad Sanusi menyerahkan sumbangan wang tunai kepada Pegawai Daerah Kota Setar, Datuk Mohd Asri Redha Abdul Rahman bagi diagihkan kepada 88 keluarga di rumah pangsa Tongkang Yard, Seberang Perak yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran.

Sementara itu, Sanusi menjelaskan KFA tidak berhadapan sebarang masalah berkaitan pr0ses pelesenan kelab seperti ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia yang tertangguh sebelum ini.

Katanya, KFA kini sedang mendapatkan persetujuan pemain bagi melengkapkan urusan pelesenan selain sudah menghantar surat kepada FAM berhubung perkara itu semalam.

Dalam pada itu, jurulatih pasukan, Aidil Sharin Sahak menyifatkan pembayaran tunggakan gaji sebagai sesuatu yang p0sitif buat anak buahnya.Sudah tentu perkara itu menambah moral pemain menjelang penghujung saingan liga, katanya ketika dihubungi hari ini.

sumber:BH