mujur Mawi panggil

PELAWAK Along Cham mendedahkan dia berhadapan satu insiden ketika ingin berjalan di karpet merah Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Menurut Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 35, salah seorang daripada petugas di situ menghalangnya dari melalui laluan karpet merah dan mengarahkannya untuk menuju ke laluan lain.

“Cerita karpet merah ASK2019… Masa abang nak masuk menuju ke laluan karpet merah ASK2019 ini, krew ASK2019 tahan dan kemudian dia periksa kad jemputan abang.

Antara posting yang dimuat naik Along di laman Instagram.

“Selepas itu, dia arahkan abang untuk menuju ke laluan lain… Selepas itu Mawi jerit, ‘eh itu Along Cham kot’. Kenapa tak bagi dia lalu karpet merah?” tulisnya.

Along meluahkan rasa kesal itu melalui laman Instagram miliknya pada Ahad.

Malah, katanya, petugas terbabit secara spontan memberitahu tidak menyedari akan pelakon itu meskipun telah memeriksa kad jemputan.

Along tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Filem Tiada Tajuk.

“Dengan spontannya krew ASK2019 jawab ‘oh tak perasan pula’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *