Mourinho Angkat Kaki

JOSE Mourinho berang sambil meninggalkan sidang media selepas perlawnan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Selepas menyalahkan pengadil dan Video Bantuan Pengadil (VAR), Mourinho menyalahkan pula masalah audio di sidang media berkenaan selepas pasukannya Tottenham seri tanpa jar!ngan menent@ng Bournemouth.

Mourinho sepatutnya perlu menjawab beberapa soalan yang akan diajukan media melalui atas talian.

Berikutan pandemik C0v!d-19 sidang media terpaksa dilakukan menggunakan video atas talian.

Bagaimanapun, beliau yang dilihat kurang berpuas hati berlalu pergi meninggalkan sidang media itu tanpa menjawab sebarang soalan.

“Helo Jose, adakah anda mendengar suara saya?,” tanya salah seorang pemberita.

Mourinho menjawab dengan spontan bahawa ‘tidak’ (tidak dengar suara berkenaan) sebelum menanggalkan sidang media itu sambil menanggalkan fon kepala.

Walaupun Mourinho boleh mendengar suar berkenaan beliau dirasakan tidak berminat untuk berada di sidang media itu.

Penyokong mula meluahkan rasa kekec3waan terhadap prestasi pengurus itu dengan Tottenham sekarang berada di kedudukan kesembilan mengumpul 43 mata.

sumber:HM

Mereka seterusnya mengeluarkan kempen di Twitter dengan #JoseOut dengan berharap Mauricio Pochettino kembali.