Milik Safawi Rasid

Sejak 29 November lalu, pihak AFC telah membuka undian bagi peminat memilih jaringan gol terbaik dalam saingan AFC Champions League 2019, dan 10 calon terakhir tersenarai.

Sehingga artikel ini ditulis, kedudukan semasa undian ketika ini berpihak kepada Safawi Rasid dengan hasil undian sekitar 822,682 undi berbanding pencabar terdekat iaitu Khalilzadeh dengan 780,113 undian.

Gol jaringan Safawi Rasid itu ketika ini memiliki kelebihan 42,569 undi dan dijangka akan menjadi lebih kecil lagi dalam masa beberapa jam akan datang.

Berkemungkinan hari ini adalah hari terakhir undian boleh dilakukan dan anugerah gol terbaik saingan AFC Champions League 2019 akan diumumkan dalam majlis AFC Awards yang dijadualkan berlangsung di Hong Kong malam ini.

Anda boleh mengundi jaringan Safawi bagi membolehkan beliau memenangi anugerah tersebut di sini.