MFL Beri Lampu Hijau

Pasukan dalam saingan CIMB Liga Super Malaysia dan Liga Premier telah diberikan lampu hijau oleh Malaysian Football League untuk mengadakan perlawnan persahabatan bermula hari ini sebagai persiapan Liga Malaysia yang akan kembali pada 26 Ogos ini.

MFL menerusi Ketua Pegawai Eksekutif , Dato’ Ab Ghani Hassan menegaskan keputusan membenarkan perlawanan persahabatan itu selaras dengan kenyataan MFL sebelum ini di mana setiap pasukan perlu berada dalam tempoh bertenang bermula 29 Julai sehingga 1 Ogos [semalam].

Menurut kenyataan dikeluarkan laman sesawang rasmi MFL itu, hanya pasukan Liga Super dan Liga Premier dibenarkan beraksi sesama sendiri di gelanggang yang mematuhi Prosedur Standard 0perasi ditetapkan.

Antara syarat yang wajib dilaksanakan ialah dengan melakukan proses nyahkuman dan disinfeksi terlebih dahulu di gelanggang [Stadium] sebelum perlawnan diadakan.

Tempoh bertenang ini adalah bagi penilaian dan pemantauan bagi memastikan tahap kesihatan semua pegawai dan pemain masih baik setelah 14 hari tempoh Latihan Berkontak Fizikal dibenarkan tetapi Latihan Pasukan masih dibenarkan sepanjang tempoh ini.

Pasukan hanya dibenar untuk mengadakan perlawanan di antara pasukan- pasukan CIMB Liga Super 2020 dan Liga Premier 2020 yang mana pegawai dan pemain pasukan-pasukan tersebut telah menjalani Ujian Calitan dan telah disahkan bebas gej@la dan telah mendapat kelulusan MFL atau dengan pasukan-pasukan yang mereka telah bertemu di perlawanan di peringkat awal sebelum Liga Malaysia ditangguhkan.

Perlawnan hanya dibenar diadakan di dalam stadium atau venue perlawanan sahaja di mana gelanggang perlawanan tersebut hendaklah didaftarkan di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri .Stadium-stadium tersebut hendaklah menjalani proses nyahkuman dan disinfeksi sebelum perlawnan diadakan.

Perlawnan tersebut hendaklah dimainkan tanpa penonton di mana hanya pegawai dan pemain pasukan yang berdaftar dan telah menjalani Ujian Calitan sahaja dibenar berada di dalam stadium atau venue perlawnan, ujar Dato’ Ab Ghani.

Sumber:Semuanyabola