Messi tiada masalah dengan mana-mana pemain

ARCELONA 3 Okt. – Lionel Messi menegaskan bahawa tiada sebarang masalah berlaku di antara dirinya dengan Antoine Griezmann atau mana-mana pemain lain.

Messi membuat penampilan semula selepas pulih daripada kecederaan musim ini menentang Inter Milan dalam saingan Liga Juara-Juara dan menang 2-1 selepas 

BARCELONA 3 Okt. – Lionel Messi menegaskan bahawa tiada sebarang masalah berlaku di antara dirinya dengan Antoine Griezmann atau mana-mana pemain lain.

Messi membuat penampilan semula selepas pulih daripada kecederaan musim ini menentang Inter Milan dalam saingan Liga Juara-Juara dan menang 2-1 selepas ketinggalan.

“Jelas sekali tiada masalah. Hubungan saya baik dengan semua orang termasuk di bilik persalinan.

“Kami perlukan kemenangan ini bagi meningkatkan moral kami,” katanya.

Luis Suarez menjaringkan dua gol dalam aksi di Camp Nou dan Messi membantu mencipta jaringan kedua pada minit ke-85.

Barcelona kini berkongsi empat mata dengan pendahulu Kumpulan F, Borussia Dortmund.

“Kami semua dalam keadaan baik. Paling penting ialah kemenangan hari ini dan Getafe.

“Kami akan berdepan Sevilla sebelum cuti perlawanan antarabangsa. Kami akan cuba menang dan berada dalam keadaan selesa sebelum bercuti,” kata Messi.-AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *