Menolak tawaran untuk melatih skuad kebangsaan

Bekas pengend@li skuad Piala Dunia Korea Selatan, Shin Tae-yong disahkan telah menolak tawaran untuk melat!h skuad kebangsaan Indonesia bagi menggantikan tempat Simon McMenemy yang dit@matkan k0ntrak.

Menurut laporan daripada media China iaitu Axt0utiao, Tae-yong semakin hampir meny3rtai sebuah kelab Liga Super China dan dijangka akan menandatangani k0ntrak dalam masa terdekat.

“Shin Tae-yong secara rasmi men0lak taw@ran untuk melatih pasukan Indonesia. Berdasarkan seorang sumber, Shin akan berbincang mengenai k0ntrak dengan kelab China,” tulis Axtoutiao.

Sebelum ini, Tae-yong sempat mengadakan perbincangan bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI), Iwan Bule di Kuala Lumpur. Namun difahamkan mereka tidak mencapai persetvjuan dalam beberapa perkara.

Selain Tae-yong, seorang lagi calon yang menjadi pilihan untuk melatih skuad Garvda ialah Luis Milla. Malah, beliau sanggvp menvrunkan gajinya dan berharap PSSI dapat menimbangkan perm0honannya untuk kembali ke Indonesia.

“Saya ingin kembali untuk membantu Ind0nesia dan sedia menurunkan gaji.

“Saya memang ingin bertemu PSSI di Kuala Lumpr pada 19 November lalu tetapi saya tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan penting di Madrid,” jelas Luis Milla seperti dipetik dalam CNN Indonesia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *