Melaka United minta derma daripada penyokong selepas sakan rekrut pemain

Melaka United boleh dikatakan sebagai salah satu pasukan terawal melengkapkan skuad bagi menghadapi musim 2020. Mereka cukup aktif di pasaran perpindahan pemain – ramai pemain yang dilepaskan, dalam masa sama ramai juga pemain baru yang dibawa masuk, tidak kurang daripada 10 pemain. Mereka dilihat sudah belajar daripada kes!lapan, iaitu jangan berbelanja melebihi kemampuan apabila Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United Damian Yeo mencanang bahawa pasukan itu akan ber0perasi dengan bajet terhad kerana kekangan kewangan malah sasaran diletakkan juga tidak tinggi iaitu kekal di Liga Super dan layak ke Piala Malaysia.

Namun begitu dilihat kepada pemain-pemain yang dibawa masuk, mereka bukanlah taraf biasa sebaliknya mempunyai nama dalam industri seperti Ahmad Syamim Yahya, Nurridzuan Abu Hassan, Curran Ferns, Ferris Danial, Aizulridzwan Razali dan Norazlan Razali. Itu belum termasuk pemain import seperti Romel Morales, Uche Agba dan Deshorn Brown selain khidmat pemain-pemain berprofil tinggi yang dikekalkan seperti Khairul Fahmi Che Mat, Safiq Rahim dan Razman Roslan. Apa terjadi kepada laungan berbelanja dengan berhemah dan beroperasi dengan bajet terhad.

Adakah mereka mempunyai kewangan kukuh untuk menampung bayaran gaji pemain yang sudah tentunya akan melebihi bajet terhad yang dimaksudkan? Jangan bimbang, Damian Yeo ada solusinya! “Saya melancarkan kutipan derma untuk (kesinambungan) Melaka United dan silalah menderma ke akaun MBB Persatuan Bolasepak Melaka. RM1 boleh, RM10 boleh, RM50 atau RM100 pun boleh,” tulisnya di akaun facebook peribadi dengan memberikan nombor akaun persatuan dan meletakkan tanda pagar ‘sikit-sikit lama-lama jadi bukit’.

Tidak salah meminta derma untuk pasukan, itu satu cara untuk persatuan menjana sumber kewangan tetapi dengan Damian tidak menyatakan secara jelas kutipan derma itu untuk tujuan apa sama ada mencari dana untuk menyokong program pembangunan akar umbi, menampung perbelanjaan pengurusan, menambahbaik pejabat MUSA, menampung bayaran gaji pemain atau menyelesaikan tunggakan gaji lampau, sudah tentu ia menimbulkan spe kulasi hebat mengenai kedudukan sebenar kewangan MUSA.

Tepuk dada tanya selera! Jika untuk meneruskan operasi pasukan pun MUSA mengharapkan derma daripada penyokong, maka Malaysian Football League dan Persatuan Bolasepak Malaysia perlu berhati-hati dalam menilai dokumentasi kewangan Melaka United dan memantau secara tegas kedudukan kewangan mereka agar tidak menimbulkan kesulitan di kemudian hari.

Foto : Melaka United Soccer Association

Sumber:harimaumalaya.bnn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *