Media Vietnam Cuba Lemahkan Semangat Har!mau Malaya

Media Vietnam menganggap skuad The Golden Dragons mempunyai kelebihan ke atas Malaysia menjelang perlawnan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.Perlawnan yang sepatutnya berlangsung pada Mac lalu terpaksa ditunda ke satu tarikh baharu kerana penularan wabak Coronavirus (C0VID-19) yang sedang melanda dunia ketika ini.Menurut thethao247, Malaysia akan berdepan kesukaran pada perlawanan menentang Vietnam kerana saingan Liga Malaysia hanya akan bermula pada September manakala saingan V-League pula akan bersambung semula pada hujung Mei ini.

Perkara ini memberi kelebihan buat pemain skuad The Golden Dragons dimana mereka terlebih dahulu kembali beraksi secara kompetitif dan mempunyai lebih masa untuk membuat persiapan berbanding pemain Malaysia.Perlawnan antara kedua-dua pasukan dijangka dilangsungkan pada Oktober, bergantvng kepada situasi semasa sama ada penularan wabak C0VID-19 dapat dikurangkan ataupun dikawal sepenuhnya.Vietnam menghuni tangga teratas dalam carta kumpulan G dengan 11 mata manakala Malaysia menduduki tangga kedua dengan sembilan mata.