Matyo Dah Selesa Macam Keluarga Sendiri

Penyrang skuad kebangsaan yang beraksi bersama BG Pathum United dalam saingan Thai League 1, Norshahrul Idlan Talaha berkata kelab semasa beliau mempunyai kualiti serta pengurusan yang dianggap baik.

Pemain yang mesra disapa Matyo itu berkata beliau mempunyai masa yang baik sejak menyertai BG pada awal musim ini dan beliau berharap dapat memb@las budi pasukan dengan menampilkan persembahan terbaik.

Saya mempunyai waktu yang baik sejak menyertai BG Pathum United. Kami sudah seperti satu keluarga dan rakan sepasukan saya banyak membantu saya ketika proses menyesuaikan diri. Saya harap dapat membalas budi dengan menampilkan prestasi terbaik,

Menurut Matyo, beliau berharap dapat menampilkan aksi yang memberangs@ngkan tanpa mengira posisi yang ditetapkan oleh ketua jurulatih pasukan, Dusit Chalermsan.

Kini saya sedang menyesuaikan diri dengan posisi yang telah ditetapkan oleh jurulatih. Saya mahu membuktikan saya mampu untuk menampilkan prestasi terbaik. Apa yang saya perlukan ialah sokongan dari rakan sepasukan dan juga penyokong. Saya tidak sabar untuk saingan Thai League kembali bersambung, tambahnya.

Selain Matyo, Malaysia mempunyai seorang lagi pemain yang beraksi di Thailand iaitu Dominic Tan dimana beliau menyarung jersi Police Tero FC.