Mat Yo ke Seberang

Penye rang skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha atau dikenali sebagai Mat Yo kemungkinan akan ber@ksi dalam saingan Liga Premier musim depan selepas sebuah kelab dari Sarawak, Kuching FA dilaporkan berminat untuk memancing pemain itu.

Menurut kenyataan daripada laman facebook Kamek Miak Sarawak, Presiden Kuching FA, YB Fazzrudin sudah pun berjumpa dengannya di lokasi yang tidak didedahkan sekaligus menguatkan khabar angin mengenai penghijrahan bekas pemain Pahang dan JDT itu.

Jodoh penye rang berusia 33 tahun itu dengan Pahang berakhir apabila Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) membuat keputusan untuk tidak menyambung k0ntraknya kerana mahu memberikan fokus terhadap penggunaan pemain muda musim hadapan.

 

Meskipun dikaitkan dengan beberapa nama besar, Kuching FA tetap mengambil pendekatan untuk berbelanja mengikut kemampuan dan merancang membawa pulang beberapa pemain kelahiran Sarawak yang beraksi di semenanjung.
“Kami bersifat terbuka malah mendapat maklum balas ramai pemain daripada semenanjung yang menyatakan keinginan untuk datang ke Kuching dan mereka telah kami hubungi untuk datang pada sesi pemilihan yang akan bermula daripada 10 hingga 14 Disember ini.

“Perbincangan dengan pihak jurulatih telah kami adakan dalam mengenal pasti bahagian yang perlu diperkuatkan dan beberapa nama besar yang begitu dikenali dalam liga bolasepak tempatan kami akan cuba dapatkan.
“Apa-apa sekalipun, kami akan bekerja di tahap bajet yang kami mampu serta mengambil pemain baharu di atas dasar keperluan sahaja, ” kata Fazzrudin seperti dipetik dalam laman web Semuanyabola.

Mat Yo merupakan seorang pemain yang berpengalaman luas di peringkat antarabangsa. Kehadirannya dalam skuad Kuching FA pasti akan membantu pasukan itu memberikan saingan yang seng!t untuk merebut tempat ke Liga Super 2021.